Sunday, 23 December 2012

Layakkah Malaysia Digelar negara Islam? part 1

As'salam semua

Sejak kebelakangan ini hujan semakin menjadi-jadi di pantai timur kan?..Tak apa..kerana hujan adalah rahmat dari Allah S.W.T

Merujuk kepada tajuk yang agak sensitif di atas...soalan ini telah timbul dari otak admin setelah melihat keadaan negara Malaysia yang semakin lama semakin teruk..

Lihat sendiri undang2 negara kita..Admin ambil contoh..Malaysia tidak mempunyai undang2 yang ketat mengenai fesyen dikalangan kaum Hawa..

Kita semua sedia maklum bahawa aurat wanita adalah sesuatu yang perlu dijaga kerana ianya melambangkan
identiti agama

cuba korang bayangkan...wanita islam tetapi memakai skirt dan menonjolkan payu dara mereka..melambangkan agama islam tak?

Alangkah bagusnya kalau pemerintah negara kita mewartakan undang2 #WANITA ISLAM WAJIB MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA MENGIKUT SYARIAT ISLAM#

Negara Malaysia secara tidak langsung akan disanjungi oleh negara2 islam yang terdekat mahupun di benua lain


Tidak sampai disitu sahaja..mengapa kesalahan-kesalahan seperti BERZINA,MINUM ARAK,MURTAD dan sebagainya hanya dikenakan tindakan undang2 yang amat ringan sekali berbanding dengan hukum Islam??

RM 3000 dan 3 bulan penjara untuk pasangan berzina?!..amat ringan jikalau hendak dibandingkan dengan 100 sebatan bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin (hukum hudud)

Untuk pengetahuan semua, semua hukuman Islam adalah seperti menyeksakan manusia tetapi ianya juga adalah untuk menghapuskan dosa manusia itu.Adakah dengan RM 3000 anda boleh menebus dosa?.Kalau macam tu..admin berzina banyak2 lepas tu admin bayar..macam itukah?


cukuplah sampai sini kerana admin agak busy dengan kerja kebelakangan ini..anyways tunggu kedatangan part 2 okeng??..assalammualaikum and pray for future of Malaysia..:')