Thursday, 13 September 2012

Ulama Dunia dan Seksaanya

              Pada hari ini admin nk berkongsi sedikit tentang tajuk yang dipetik daripada kitab 'MUKASHAFAH AL QULUB'.First time baca,memang terus rasa insaf.Sebab inilah admin nk kongsi kepada korang semua kerana kita sebagai manusia tak boleh kedekut ilmu kan?hehehe.Tanpa melengahkn masa,jom kita baca tentang Ulama Dunia & Seksaannya......

-Ulama dunia bermaksud ulama suk,iaitu orang-orang yang memperalatkan ilmu untuk mencari kenikmatan dunia semata-mata,mencari kedudukan dan perhatian orang lain.Dalam erti yang hampir sama ialah menuntut ilmu tetapi tidak beramal kepada jalan Allah SWT-

-Berikut adalah antara hadis yang disabdakan oleh Rasulullah SAW mengenai ulama dunia & seksaannya :-

a)''Seksa yang terpedih pada hari Kiamat ialah orang alim yang tidak memanfaatkan ilmunya''

b)''Ilmu itu ada dua ; Ilmu pada mulut saja.Itulah hujah Allah terhadap makhluk-Nya.Ilmu di hati.Itulah ilmu  
    yang manfaat''

c)''Di akhir zaman,akan ada orang-orang bodoh dan ulama-ulama fasik.''

d)''Jangan kau pelajari ilmu untuk menjadi ulama,mempermainkan orang-orang bodoh dan mencari perhatian      
    orang.Siapa berbuat demikian,Nerakalah tempatnya.''

e)''Siapa menyembunyikan ilmunya, Allah akan mengendalikannya dengan kendali dari api

f)''Sesungguhnya ada yang lebih aku takutkan akan menimpa selain Dajal.'' Dikatakan,''Apa itu wahai
    Rasulullah?'' Baginda menjawab,''Ialah pemimpin-pemimpin yang menyesatkannya.''

g)''Sesiapa yang bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah petunjuknya,maka dia hanya bertambah jauh dari
    Allah saja.''

-demikianlah beberapa sabda Rasulullah SAW yang menegaskan bahawa ulama dunia amat berat seksaannya di akhirat kelak.Semoga kita tidak tergolong seperti golongan tersebut. Amin




No comments:

Post a Comment